Thursday, December 9, 2021

Jadilah Orang Yang Paling Berakhlak


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا 

*Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian."*

HR Tirmizi No: 1898, Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  *Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia*

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

*“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”*

📗 Riwayat Ahmad (8952), Status: Hadis sahih 

2.  *Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya*

3.  *Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW*

4.  Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik *sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.*


No comments:

Post a Comment

Selalu Berkomentar yang Baik sebab Semua akan dimintai Pertanggung Jawaban di Akhirat Kelak.

Hikmah Berqurban