Showing posts with label Isu wahabi. Show all posts
Showing posts with label Isu wahabi. Show all posts

Saturday, May 25, 2024

Umat Islam dimomokkan dengan Wahabi Oleh:


Oleh: Penasihat Eksekutif Ilmuan Malaysia

RATA-RATA masyarakat Islam sedunia dimomokkan, dipermainkan dan ditipu dengan istilah Wahabi.

Sesiapa mengajak kepada al-Quran dan sunnah mengikut pemahaman sahabat Nabi Muhammad SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi syirik dan khurafat, beramal mengikut sunnah dan meninggalkan amalan bidaah yang meresap dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas daripada digelar Wahabi.


Perkataan Wahabi itu mereka sandarkan kepada Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi rahimahullah. Siapakah Syaikh Muhammad ini dan apakah sejarah beliau?


Ringkasnya, beliau boleh dikatakan bapa kemerdekaan Saudi di mana hasil kerjasama beliau dengan Su'ud berjaya membentuk negara Saudi dengan menjadikan Mazhab Hanbali sebagai mazhab utama dalam negara tersebut. Mazhab Hanbali ialah sandaran kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, murid kepada Imam Al-Syafii.


Syaikh Muhammad banyak menulis dan hampir kesemuanya berkaitan akidah, anti-syirik, anti-sihir, anti-tangkal.


Perkara yang mencacatkan akidah adalah paling banyak ditulis beliau. Antara tulisannya yang terkenal dan luas tersebar adalah Kitab Al-Tauhid dan Usul Al-Tsalatsah (Tiga Dasar Agama) yang ditulis berdasarkan hadis daripada Abdullah ibn Mas'ud RA, "Barang siapa yang reda ALLAH sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Nabi, maka layaklah baginya syurga." (Riwayat Muslim)


Daripada hadis itu beliau mengarang kitab Usul Al-Tsalatsah yang membahas bagaimana mengenal ALLAH, mengenal Rasul, dan mengenal Islam.


Beliau juga menulis kitab berjudul Kasyfu Al-Syubuhat (Pembongkaran Syubhat-syubhat) yang membongkar kristianisasi dan triniti, hak wanita, dan turut memfokus pada isu dalaman akidah dan seumpamanya. Oleh kerana ini, beliau dimusuhi golongan anti-tauhid.


Ikon perpaduan Arab Saudi


Syaikh Muhammad memiliki ramai musuh kerana apabila terbentuknya negara Saudi, sudah pasti berlaku banyak pertembungan dan peperangan, termasuk juga peperangan di antara ahli mazhab. Beliau bermazhab Hanbali manakala ada yang lain bermazhab Syafii, Hanafi dan Maliki.


Dahulu di empat penjuru Kaabah, umat Islam berpecah kepada empat jemaah solat mengikut mazhab masing-masing. Syaikh Muhammad melihat semua jemaah ini perlu disatukan, maka beliau menetapkan Mazhab Hanbali sebagai mazhab rasmi negara.


Antara perjuangan utama beliau ialah merobohkan dan meratakan kubur yang dibina melebihi tinggi asas binaan yang dibenar dalam syariat Islam. Beliau bukan membongkar kubur sebagaimana ditohmah golongan membenci dakwah dan seruan tauhid.


Bahkan apa yang dilakukannya adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang mengatakan tinggi kubur hanya sejengkal dari tanah dan diletakkan pada kepala kubur itu seketul batu sahaja sebagai tanda.


Nabi SAW mengutus Ali bin Abi Thalib RA dan Ali pula mengutus Abul Hayyaj Al-Asadi untuk merobohkan mana-mana kubur yang tingginya melebihi sejengkal. Namun pada zaman Syeikh Muhammad, kubur dibina dengan tinggi dan dihias, malah disembah dan dijadikan tempat ibadah seperti iktikaf, solat, tawaf, zikir dan berdoa.


Dakwah dan usaha beliau ini menyebabkan berlaku pertembungan yang serius dengan golongan Sufi, penyembah kubur dan pemuja kubur. Walhal beliau melaksanakan seperti apa yang diperintahkan Nabi SAW dalam hadis sahih.


Selain isu akidah, beliau turut menyeru supaya mentaati pemerintah Islam yang sah, kerana itu beliau mempertahankan kerajaan Su'ud. Dakwah ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang memerintahkan supaya umat Islam bersatu dengan mentaati pemimpin Islam.


Disebabkan isu politik juga mereka menghentam dan mengeluarkan kata-kata dusta terhadap Syaikh Muhammad.


Di Malaysia beberapa tahun dahulu, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) pernah merobohkan kubur di Pulau Besar. Adakah Jaim Wahabi kerana merobohkan kubur? Apabila Jais dan umat Islam Malaysia memerangi Syiah, adakah mereka ini semua Wahabi?


Gerakan Syaikh Muhammad, juga kerajaan Saudi yang dikatakan Wahabi pada hari ini adalah gerakan yang melawan Syiah habis-habisan.


Oleh itu Arab Saudi dikatakan sebagai negara Wahabi. Ini hanya momokan musuh kalangan kafir Barat dan juga Syiah yang cukup benci kepada Arab Saudi kerana ia satu-satunya negara yang menegakkan al-Quran dan al-sunnah serta benar-benar memberi perhatian dalam mempertahankan kesucian tauhid di atas muka bumi ini.


Kini tiada lagi kubur ditinggikan, atau kesyirikan tersebar di Arab Saudi kesan daripada dakwah Syeikh Muhammad 200 tahun dahulu.


Alhamdulillah, pemerintah Arab Saudi prihatin dalam memelihara agama ALLAH, walau tidak dinafikan di mana-mana pemerintahan pasti ada kekurangan. Namun ia terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sumbangan mereka dalam mempertahankan kesucian agama ALLAH.

Ini menyebabkan musuh Islam cukup benci dengan Arab Saudi dan cuba memburuk-burukkannya.

Fikirkanlah, masihkah ada negara Islam mana yang menegakkan al-Quran dan Sunnah lebih baik dari Arab Saudi? Sudah tentu hal ini sangat dicemburui musuh yang tidak mahu melihat tauhid ditegakkan.

Tidak hairanlah Arab Saudi dan siapa saja mengajak tauhid ini dikatakan Wahabi.

Padahal tidak ada satu orang pun yang menamakan dirinya Wahabi. Tidak ada pertubuhan atau gerakan yang menggelar gerakan mereka sebagai Wahabi. Ia hanya label yang diberikan pihak lain semata-mata bertujuan memburukkan ahli sunnah, sekali gus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam sebenar.

Bahkan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, guru kepada Imam Ibnul Qayyim dan Imam Ibnu Kathir rahimahumullah, adalah tokoh yang paling banyak menulis kritikan terhadap Syiah. Tulisan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berjudul Minhaju Al-Sunnah Al-Nabawiyah adalah rujukan utama yang dipakai sepanjang zaman.

Ini adalah kitab yang menjadi rujukan paling kuat untuk menentang Syiah. Bahkan orang yang tidak suka Ibnu Taimiyah pun akan merujuk kitab Ibnu Taimiyah apabila hendak menentang Syiah.

Maka sudah tentu Ibnu Taimiyyah juga dikatakan sebagai tokoh besar Wahabi.

Sedangkan Ibnu Taimiyyah yang hidup sekitar tahun 661H - 728H itu telah pun wafat jauh sebelum lahirnya Syaikh Muhammad pada tahun 1115H. Bagaimana mungkin dia dikatakan tokoh Wahabi?

Ternyata siapa saja yang mengkritik Syiah, yang melawan ajaran sesat akan dituduh Wahabi. Ini kerana dakwah tauhid dan menghapuskan syirik adalah modus operandi yang dilakukan Syaikh Muhammad ketika melakukan dakwah tauhid di Saudi dahulu. Sehingga hari ini, kesan dakwahnya terus subur ke seluruh pelosok dunia walau pelbagai tohmahan telah dilemparkan.

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sentiasa akan ada sekelompok dari kalangan umatku yang akan terzahir membela kebenaran. Tidak memudaratkan mereka orang-orang yang menghinanya sehinggalah datang keputusan ALLAH (Kiamat) dan mereka masih tetap dalam keadaan seperti itu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Perselisihan mazhab

Selain fiqah, fokus dakwah Syaikh Muhammad adalah pada akidah. Adapun masalah fikah, hanya khilaf yang berlaku antara mazhab, seperti Maliki, Hanbali, Syafii dan Hanafi.

Keempat-empat imam mazhab tidak menyuruh pengikutnya taksub kepada mereka sehingga menyesatkan orang yang mengikuti mazhab lain.

Perselisihan mazhab ini masalah kecil jika dibandingkan dengan masalah akidah.

Contohnya, imam mazhab selain Imam Al-Syafii tidak membaca qunut Subuh, mereka tidak membacanya bukan kerana suka-suka, tapi mereka berhujah dan berdalilkan al-Quran dan hadis. Sahabat Nabi SAW juga tidak membacanya.

Adakah mereka ini Wahabi? Adakah dikatakan solat Imam Ahmad, Imam Malik yang merupakan guru kepada Imam Al-Syafii, Imam Abu Hanifah ini tidak sah kerana tidak membaca qunut Subuh, atau adakah mereka ini sesat? Sudah tentu tidak.

Oleh itu janganlah kita mudah memberi label apabila menghadapi perselisihan seperti ini. Bagaimanapun berdepan dengannya, kita hendaklah luruskan perselisihan tersebut agar tidak membawa kepada perpecahan yang menjadi suatu yang dibenci dan dilarang dalam syariat.

Cara meluruskan perselisihan dalam agama adalah dengan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah sejajar pemahaman Salaf Al-Soleh.

Firman ALLAH: "Maka sekiranya kamu berselisih dalam suatu urusan, maka hendaklah kamu kembalikan kepada ALLAH dan RasulNya (yakni al-Quran dan al-sunnah)." [Surah Al-Nisa: 59]

Sumber: http://www.drfathulbari.com/2016/02/umat-islam-dimomokkan-dengan-wahabi.html

Join DFB di Telegram! https://telegram.me/drfathulbari

(y) Dr. Fathul Bari

Friday, May 24, 2024

ISU WAHABI ADALAH PROPAGANDA PKI DAN PENJAJAH SERTA PARA PENGIKUTNYA

 


ISU WAHABI ADALAH PROPAGANDA PKI DAN PENJAJAH SERTA PARA PENGIKUTNYA SERTA SYI'AH

MAU JADI PENGIKUT PKI,PENJAJAH DAN SYIAH...???


Saya masih ingat ketika masih kecil ada berteman dengan seorang anak ketua cabang Muhammadiyah di sebuah kota di Jawa Timur sekitar tahun 90an, ada beberapa teman lainnya berkata, "jangan berteman dengan dia, bahaya", lalu saya tanya kenapa kok bahaya, teman itu berkata, " Karena dia adalah pengikut Wahabi'. 

Belakangan baru paham ketika seorang ustadz dari Muhammadiyah yakni Ustadz Mujiman menceritakan bahwa stempel wahabi dulu diberikan kepada Muhammadiyah, namun stempel itu sekarang pindah ke  Kajian Salafiyah. 

Terlepas dari itu semua, terlepas dari benar-tidaknya istilah Wahabi, mungkin akan menarik untuk melihat Wahabi dari sudut pandang yang berbeda, dari sudut pandang seorang tokoh Islam yang kharismatik dan banyak dikenal, yaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau yang biasa disapa dengan Buya HAMKA. Dalam bukunya "Dari Perbendaharaan Lama", Prof. Dr. HAMKA menyebutkan kenyataan bahwa nama Wahabi memang sudah sejak dulu digunakan sebagai alat propaganda untuk berbagai tujuan, termasuk sebagai alat politik dan juga senjata untuk mematikan semangat umat Islam yang ingin kembali kepada Tauhid murni serta melawan penjajahan. Kalau kita lihat, banyak pejuang-pejuang Indonesia dahulu yang terilhami oleh Wahabi dalam melawan penjajahan. Salah satu contohnya adalah Tuanku Imam Bonjol. Bahkan, Ir. Soekarno dalam surat-menyuratnya dengan A. Hasan (PERSIS) terlihat mengagumi ajaran dan semangat Wahabi dalam melawan penjajahan serta keluar dari kejumudan dalam ber-Islam.

Berikut saya kutip sedikit dari apa yang ditulis oleh Buya HAMKA.

Ketika terjadi Pemilihan Umum, orang menyebut-nyebut kembali hal yang telah lalu sebagai alat kampanye, yaitu nama "Wahabi". Ada yang mengatakan bahwa Masyumi itu adalah Wahabi, karena itu jangan pilih orang Masyumi. Pihak komunis pernah ikut-serta pula menyebut-nyebut Wahabi dan mengatakan bahwa Wahabi itu dahulu pernah datang ke Sumatera. Dan orang-orang Sumatera yang memperjuangkan Islam di tanah Jawa ini berasal dari keturunan kaum Wahabi.

Memang sejak abad kedelapan belas, sejak gerakan Wahabi timbul di pusat tanah Arab, nama Wahabi itu telah menggegerkan dunia. Keraja'an Turki yang sedang berkuasa takut kepada Wahabi. Karena Wahabi adalah permula'an kebangkitan bangsa Arab, sesudah jatuh pamornya akibat serangan bangsa Mongol dan Tartar ke Baghdad. Dan Wahabi pun ditakuti oleh bangsa-bangsa penjajah, karena apabila dia masuk ke suatu negeri, dia akan membukakan mata penduduknya untuk menentang penjajahan. Karena paham Wahabi meneguhkan kembali ajaran Tauhid yang murni, menghapuskan segala sesuatu yang akan membawa kepada syirik. Disebabkan hal itu timbullah perasa'an bahwa tidak ada yang harus ditakuti kecuali Allah Ta'ala. Wahabi menentang keras sikap Jumud, yaitu kebekuan dalam memahami agama. Orang harus kembali kepada Al-Qur'an dan Al-Hadits.

Ajaran ini timbul bersama'an dengan timbulnya kebangkitan revolusi Prancis di Eropa. Dan pada masa itu juga "infiltrasi" dari gerakan ini telah masuk ke tanah Jawa. Pada tahun 1788 di zaman pemerintahan Paku Buwono IV, yang lebih terkenal dengan gelaran "Sunan Bagus", beberapa orang penganut paham Wahabi telah datang ke tanah Jawa dan menyiarkan ajarannya di negeri ini. Bukan saja mereka itu masuk ke Solo dan Yogya, tetapi mereka meneruskan juga penyiaran pahamnya di Cirebon, Bantam dan Madura. Mereka mendapat sambutan baik karena sudah jelas anti terhadap penjajahan.

Sunan Bagus sendiri pun tertarik dengan ajaran kaum Wahabi. Pemerintah Belanda mendesak agar orang-orang Wahabi itu diserahkan kepadanya. Pemerintah Belanda cukup tahu apa akibatnya bagi penjajahannya jika paham Wahabi ini dikenal oleh rakyat.

Padahal ketika itu usaha memperkokoh penjajahan belum lagi selesai. Mulanya Sunan tidak mau menyerahkan mereka. Tetapi mengingat akibat-akibatnya bagi Keraja'an-keraja'an Jawa, maka ahli-ahli keraja'an memberi saran kepada Sunan supaya orang-orang Wahabi itu diserahkan saja kepada Belanda. Lantaran desakan itu, maka mereka pun ditangkap dan diserahkan kepada Belanda. Oleh Belanda, mereka pun diusir kembali ke tanah Arab.

Tetapi di tahun 1801, artinya 12 tahun kemudian, kaum Wahabi datang lagi. Sekarang bukan lagi orang Arab, melainkan anak Indonesia sendiri, yaitu anak Minangkabau : Haji Miskin Pandai Sikat (Agam), Haji Abdurrahman Piabang (Lubuk Limapuluh Koto), dan Haji Mohammad Haris Tuanku Lintau (Luhak Tanah Datar).

Mereka menyiarkan ajarannya di Luhak Agam (Bukittinggi) dan memperoleh banyak murid serta pengikut. Di antara murid mereka ialah Tuanku Nan Renceh Kamang, Tuanku Samik Empat Angkat. Akhirnya gerakan tersebut meluas dan melebar, sehingga terbentuklah "Kaum Paderi" yang terkenal. Di antara mereka ialah Tuanku Imam Bonjol. Maka terjadilah "Perang Paderi" yang terkenal itu. Tiga puluh tujuh tahun lamanya mereka melawan penjajahan Belanda.

Bilamana pada abad kedelapan belas dan sembilan belas gerakan Wahabi dapat dipatahkan, pertama orang-orang Wahabi dapat diusir dari Jawa, yang kedua dapat dikalahkan dengan kekuatan senjata, namun di awal abad kedua puluh mereka muncul lagi.

Di Minangkabau timbullah gerakan yang dinamai "Kaum Muda". Di Jawa datanglah KH A. Dahlan dan Syekh Ahmad Soorkati. KH A. Dahlan mendirikan "Muhammadiyah". Syekh Ahmad Soorkati dapat membangun semangat baru di kalangan orang-orang Arab. Ketika dia mulai datang, orang Arab belum pecah menjadi dua, yaitu Ar-Rabithah Alawiyah dan Al-Irsyad. Bahkan yang mendatangkan Syekh itu kemari adalah dari kalangan yang kemudian membentuk Ar-Rabithah Adawiyah.

Musuhnya dari kalangan Islam sendiri, pertama ialah Keraja'an Turki. Kedua Keraja'an Syarif di Mekkah, ketiga Keraja'an Mesir. Ulama'-Ulama' pengambil muka mengarang buku-buku untuk "mengafirkan" Wahabi. Bahkan ada di kalangan Ulama' itu yang sampai hati mengarang buku mengatakan bahwa Muhammad bin Abdul Wahab pendiri paham ini adalah keturunan Musailamah Al Kadzab.

Pembangunan Wahabi pada umumnya adalah bermazhab Hanbali, tetapi paham itu juga dianut oleh pengikut Mazhab Syafi'i, sebagaimana kaum Wahabi Minangkabau. Dan juga penganut Mazhab Hanafi, sebagaimana kaum Wahabi di India.

Sekarang "Wahabi" dijadikan alat kembali oleh beberapa golongan tertentu untuk menekan semangat kesadaran Islam di Indonesia yang bukannya surut ke belakang, tapi justru kian maju dan tersiar. Kebanyakan orang Islam yang tidak tahu sa'at ini, yang mereka benci bukan lagi AJARAN Wahabi, melainkan NAMA Wahabi.

Ir. Sukarno dalam "Surat-Surat dari Endeh" nya terlihat bahwa pahamnya dalam ber-Islam adalah banyak mengandung anasir Wahabi.

Kaum komunis Indonesia telah mencoba menimbulkan sentiment Ummat Islam dengan membangkitkan nama Wahabi. Padahal ketika terdengar kemenangan gilang-gemilang yang dicapai oleh Raja Wahabi Ibnu Sa'ud, yang mengusir kekuasaan keluarga Syarif dari Mekkah, umat Islam mengadakan Kongres Besar di Surabaya dan mengetok kawat mengucapkan selamat atas kemenangan itu (1925), sampai mengutus dua orang pemimpin Islam dari Jawa ke Mekkah, yaitu HOS Cokroaminoto dan KH Mas Mansur. Dan Haji Agus Salim datang lagi ke Mekkah tahun 1927.

Karena tahun 1925 dan tahun 1926 itu belum lama, baru lima puluh tahun lebih saja, maka masih banyak orang yang dapat mengenang bagaimana hebatnya reaksi pada waktu itu, termasuk dari pemerintah penjajahan, walau dari Umat Islam sendiri ada yang ikut benci kepada Wahabi karena hebatnya propaganda Keraja'an Turki dan Ulama'-Ulama' pengikut Syarif.

Sekarang pemilihan umum yang pertama sudah selesai. Mungkin menyebut-nyebut "Wahabi" dan membusuk-busukkannya akan disimpan dahulu untuk pemilihan umum yang akan datang. Dan mungkin juga propaganda ini masuk ke dalam hati orang, sehingga gambar-gambar "Figur Nasional" seperti Tuanku Imam Bonjol dan KH A. Dahlan diturunkan dari dinding. Dan mungkin perkumpulan-perkumpulan yang memang nyata kemasukan paham Wahabi seperti Muhammadiyah, Al-Irsyad, Persis dan lain-lain diminta supaya dibubarkan saja.

Kepada orang-orang yang mengungkit-ungkit bahwa pemuka-pemuka Islam dari Sumatera yang datang memperjuangkan Islam di Tanah Jawa ini adalah penganut atau keturunan kaum Wahabi. kepada mereka, orang-orang dari Sumatera itu mengucapkan banyak-banyak terima kasih.....??!!. Sebab kepada mereka diberikan kehormatan yang begitu besar.....!!!.

Sungguh pun demikian, paham Wahabi bukanlah paham yang dipaksakan oleh Muslimin, baik mereka Wahabi atau tidak. Dan masih banyak yang tidak menganut paham ini di kalangan Masyumi. Tetapi pokok perjuangan Islam, yaitu hanya takut semata-mata kepada Allah Ta'ala dan anti kepada segala macam penjajahan, termasuk Komunis, adalah anutan dari mereka bersama.....!!!.

==========

Dikutip Dari Buku Perbendaharaan Lama" oleh Prof. Dr. HAMKA. Penerbit Pustaka Panji Mas, Jakarta, 1982. 


Hikmah Berqurban