Firman Allah ertinya :
" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka
(orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini :
"Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya :
"Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini, Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman:
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang Telah kami binasakan, bahwa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). (surah Al-Ambiyaa: Ayat 95)
Ayat di atas menjelaskan kepada kita satu sunnah Allah iaitu apabila sesuatu itu telah dimusnahkan oleh Allah, ia tidak akan kembali lagi. Allah telah musnahkan banyak negeri yang penduduknya derhaka kepada Allah, lalu tidak ada satu negeri pun yang kembali bangkit semula sebagaimana sebelumnya. Ia adalah satu ibarat dan bandingan. Kemusnahan akan kekal musnah selamanya. Kematian itu satu kemusnahan. Orang yang telah dicabutkan roh dari badannya, dunianya telah musnah buatnya. Maka, bagaimana roh yang telah musnah dunia yang dijunjungnya masa hayatnya dulu untuk dikembalikan buatnya. Itu tidak mungkin dan itu menyalahi sunnah Allah SWT. Begitulah cara kita beristidlal dengan ayat di atas dan mengaitkannya dengan penafian kepulangan roh ke dunia semula.
Di dalam perkara ini, kita haruslah berhati-hati, kerana sekiranya seseorang yang telah mengetahui bahawa sesuatu hadith itu palsu tetapi tetap meriwayatkannya sebagai hadith, maka dikhuatiri akan tergolong di dalam ancaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Barangsiapa yang melakukan penipuan (pemalsuan hadith) keatas diriku dengan sengaja, maka bersedialah suatu tempat untuknya di dalam neraka.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa sahaja yang dia dengar.”
(Mukaqaddimah Shahih Muslim. Bab: Larangan Menyebarkan Setiap Apa Yang Ia Dengar)
Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Barangsiapa yang meriwayatkan dariku sepotong hadith sedangkan dia tahu ianya palsu maka dia adalah salah seorang pembohong.” (Riwayat Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya: 1/62).
No comments:
Post a Comment
Selalu Berkomentar yang Baik sebab Semua akan dimintai Pertanggung Jawaban di Akhirat Kelak.