TADDABBUR AYAT AL-QURAN
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)"
📚 Surah asy-Syura : 30
Berkata Imam Ibnu Katsir rahimahullah tentang tafsir ayat ini: “Musibah-musibah apa sahaja yang menimpa kamu wahai anak Adam, itu hanyalah kerana keburukan-keburukan yang telah kamu lakukan. 'Dan Allah memaafkan sebahagian besar’, dari kesalahan-kesalahan, sehingga Dia tidak membalas kesalahan-kesalahan kamu, bahkan Dia memaafkannya”.
Setiap peristiwa yang berlaku *pasti ada hikmahnya. Allah swt adalah al-Hakim, Yang Maha Bijaksana. Segala perbuatanNya pasti mengandungi hikmah, baik kita ketahui secara jelas atau samar-samar atau langsung tidak ketahui. Seperti halnya dalam masalah musibah yang diturunkan ada manusia, Allah swt dan NabiNya memberitakan di antara himah-hikmah perbuatanNya itu ialah:
1. Sebagai balasan kesalahan (kemaksiatan) manusia. Rasulullah saw bersabda:
اَلْمَصَائِبُ وَالْأَمْرَاضُ وَالْأَحْزَانُ فِي الدُّنْيَا جَزَاءٌ
"Musibah, penyakit-penyakit, kesusahan-kesusahan di dunia merupakan balasan" (HR Abu Nuaim. Sahih)
#Dalam hadis yang lain banginda saw bersabda:
لاَ يُصِيْبُ رَجُلاً خَدْشُ عُوْدٍ وَلاَ عَثْرَةُ قَدَمٍ وَلاَ اِخْتِلاَجُ عِرْقٍ إِلاَّ بِذَنْبٍ وَمَا يَعْفُو اللهُ أَكْثَرُ
"Tidaklah sepotong kayu melukai seseorang, tergelincirnya telapak kaki, dan terseliuhnya urat, kecuali dengan sebab dosa. Dan apa yang Allah maafkan lebih banyak" (HR Ibnu Jarir)
2. Sebagai siksa terhadap sebahagian manusia dan keutamaan/rahmat bagi sebahagian yang lain.
Daripada Sayidina ‘Aisyah r.ha, berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang wabah tha’un (suatu jenis penyakit menular yang mematikan). Baginda memberitahukan kepadaku, bahawa itu merupakan seksaan yang Allah kirimkan kepada orang-orang yang Dia kehendaki. Dan Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidak ada seorangpun yang tertimpa penyakit tha’un, lalu ia tinggal di kotanya dengan sabar, mengharapkan pahala Allah serta ia mengetahui bahwa ia tidak tertimpa sesuatu kecuali apa yang telah Allah tulis (takdirkan) baginya, kecuali orang itu akan mendapatkan seumpama pahala syahid” (HR al-Bukhari)
3. Sebagai penebus/penghapus dosa
Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: “Tidaklah seorang muslim ditimpa sesuatu seperti kelelahan, penyakit (yang tetap), kekhuwatiran (terhadap sesuatu yang kemungkinan akan menyakitinya), kesedihan, gangguan, dan dukacita kerana suatu kejadian, hinggakan duri yang menusuknya, kecuali Allah akan menggugurkan dosa-dosanya dengan sebab itu” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Setiap kejadian, peristiwa, nikmat dan juga kecelakaan yang menimpa manusia pasti ada hikmah disebaliknya. Maka terimalah ketentuan Allah dengan sabar dan redha disamping berdoa, berikhtiar dan bertawakkal kepadaNya. Moga ada kebaikan kepada kita daripada musibah yang diturunkan itu. Aamiiin
No comments:
Post a Comment
Selalu Berkomentar yang Baik sebab Semua akan dimintai Pertanggung Jawaban di Akhirat Kelak.