Tata cara solat bagi orang yang sakit adalah sebagai berikut : 1️⃣ Wajib bagi orang yang sakit untuk mengerjakan solat yang 5 waktu dengan cara berdiri meskipun miring (tidak tegak sempurna) atau bersandar ke tembok atau bertumpu pada tongkat. 2️⃣ Jika tidak mampu berdiri, maka dengan cara duduk. Yang lebih utama dengan duduk bersila, iaitu posisi kedua kaki menyilang di bawah kedua paha ketika badan sedang tegak dan ketika ruku’. 3️⃣ Jika tidak mampu duduk, maka solat dengan cara berbaring menyamping menghadap kiblat. Membaringkan yang sebelah kanan lebih utama. Jika tidak memungkinkan untuk menghadap kiblat maka solat sesuai posisi berbaringnya dan solatnya sah tanpa perlu diulang. 4️⃣ Jika tidak mampu berbaring menyamping, maka solat dengan terlentang dan menjulurkan kedua kaki ke arah kiblat. Lebih utama jika kepala agak ditinggikan sedikit agar boleh menghadap kiblat. Jika tidak mampu, maka solat sebagaimana keadaannya dan tidak perlu mengulang solatnya. ...